KLUANG – Sebahagian penduduk di Kampung Batu Enam, Machap, di sini mencatu kegunaan air dengan terpaksa mandi sehari sekali, manakala membasuh baju empat hari sekali. Keadaan itu terpaksa dilakukan walaupun bekalan air dibuka selama 36 jam selepas penutupan 36 jam apabila bekalan air tetap tidak dapat diperolehi berikutan tekanan air rendah dan hanya mengharapkan air bersih diedarkan oleh pihak Ranhill SAJ semata-mata. Penduduk Kampung Batu Enam, Raonah Jamal, 65, berkata, untuk tiga buah rumah keluarganya, mereka hanya bergantung harap kepada…














