fbpx
Bazar Ramadan yang menjadi tumpuan orang ramai menjadi lubuk buat peniaga bidan terjun sehingga sanggup membayar sewa tapak yang tinggi. – GAMBAR HIASAN/ Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

Peniaga berebut sewa lot bazar ‘popular’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Setiap kali tiba bulan puasa, peniaga ‘bidan terjun’ berebut untuk berniaga di bazar Ramadan tumpuan di kawasan masing-masing disebabkan jumlah pengunjung yang tinggi dan biasanya makanan yang disediakan habis dijual.

Golongan itu yang muncul secara bermusim dikatakan sanggup merayu dan menyewa pada harga yang tinggi semata-mata untuk memenuhi keperluan mereka menyebabkan peniaga sedia ada terpaksa ber­saing bagi mendapat lot di bazar Ramadan.

Antara bazar Ramadan yang popular negeri ini adalah di Ba­yan Baru, Bayan Lepas, Balik Pulau, Pantai Jerejak, Kampung Melayu, Taman Tun Sardon, Komtar, Jelutong dan Nusantara.

Difahamkan, ada peniaga bidan terjun termasuk warga asing sanggup membayar sewa ribuan ribuan ringgit kepada peniaga tempatan.

Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Melayu Pasar Malam Pulau Pinang, Mohamad Anuar Awang berkata, permohonan mendapatkan gerai di bazar Ramadan kali ini sememangnya amat menggalakkan.

Katanya, kebanyakan pemohon terdiri daripada peniaga sedia ada, selain peniaga bermusim.

“Yang berbeza kali ini, peniaga baharu atau ‘bidan terjun’ sanggup merayu dan membayar sewa pada harga tinggi semata-mata untuk merebut lot di bazar-bazar Ramadan yang popular.

“Tidak dinafikan, bazar Ra­madan tumpuan ini dikunjungi ramai pengunjung selain lokasi­nya yang strategik. Biasanya makanan yang dijualnya juga pasti laris dan cepat habis,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau berkata, kenaikan kadar sewa pada tahun ini hanya melibatkan bazar Ramadan tumpuan iaitu sebanyak RM100 hingga RM200.

Mohamad Anuar tidak menolak mengenai kehadiran peniaga warga asing di bazar Ramadan dan percaya ia didalangi oleh oleh rakyat tempatan sendiri.

“Mereka (warga asing) bia­sanya berniaga atas tiket orang tempatan. Meskipun jumlahnya tidak ramai, tetapi ada peniaga asing yang menjual menu berbuka yang popular dari negara asal mereka.

“Memang ia tidak memberi kesan kepada kami, tetapi situasi sebegini boleh menutup ruang buat peniaga tempatan terutama peniaga bermusim untuk menjana pendapatan setiap kali tiba bulan Ramadan.

“Orang tempatan dikatakan sanggup jadi ‘ali baba’ menyewa lebih daripada satu tapak di bazar Ramadan dan sewakan semula kepada orang asing de­ngan kadar yang tinggi,” ujarnya.

Oleh itu, beliau berharap pihak berwajib dapat memantau perkara tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang mengambil kesempatan dengan membuat untung atas angin.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN