fbpx
Salah satu enjin pesawat mengalami kerosakan sebelum mendarat cemas di Benin baru-baru ini. - Jam Press

Enjin Boeing meletup di udara, penumpang ingat akan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ABUJA – Penumpang sebuah pesawat berdepan detik cemas apabila salah satu enjinnya tiba-tiba meletup lalu terbakar sebelum mendarat cemas di sebuah lapangan terbang di Nigeria, lapor akhbar New York Post. 

Kemalangan itu melibatkan pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan Arik Air semasa dalam perjalanan dari Lagos ke Port Harcourt baru-baru ini. 

Rakaman video kejadian menunjukkan sebilangan daripada 80 penumpang menjerit ketakutan apabila pesawat itu mendarat cemas dengan hanya satu enjin di negara jiran, Benin. 

Penumpang mendengar bunyi dentuman yang kuat dari bahagian kiri pesawat semasa ia melakukan pendaratan, demikian menurut Arik Air dan Lembaga Siasatan Keselamatan Nigeria. 

“Tiada kecederaan dilaporkan, namun pesawat itu mengalami kerosakan yang ketara. 

“Pasukan penilaian sedang menuju ke Benin untuk mendapatkan pesawat, mendokumentasikan bukti, menemu bual kakitangan dan saksi yang berkaitan, mendapatkan semula data penerbangan serta maklumat perakam suara kokpit,” kata agensi itu. 

Jurucakap Arik Air tampil memohon maaf kepada penumpang yang terjejas selepas perjalanan mereka terganggu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN