fbpx
CHEE HONG (tengah) didakwa atas pertuduhan hendak mencabul kehormatan seorang wanita asing di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM/KOSMO!

Cikgu didakwa ‘sentuh’ wanita ketika buat e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan hendak mencabul kehormatan seorang wanita asing ketika menyediakan perkhidmatan e-hailing di sini, 1 Februari lalu.

Tertuduh, Alvin Choo Chee Hong, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Shaarmini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Chee Hong didakwa telah menggunakan kekerasan terhadap seorang wanita warga asing dengan niat hendak mencabul kehormatannya dengan cara memegang beberapa bahagian anggota badan wanita tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan ketika dia menyediakan perkhidmatan e-hailing terhadap mangsa dari Jalan Harimau Tarum, Taman Century ke R&F Princess Cove, di sini antara 5.30 petang hingga 6 petang, 1 Februari lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua dari hukuman itu jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Syafiqah Sha’ari meminta jaminan sebanyak RM10,000, bagaimanapun peguam tertuduh, Mark Jeyakumar memohon jumlah jaminan dikurangkan.

Katanya, tertuduh bekerja sebagai seorang guru dengan pendapatan sekitar RM3,000 sebulan, selain turut menjaga seorang ibu yang tidak lagi bekerja beserta dua adik yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi.

“Tertuduh tiada sebab untuk melarikan diri kerana mempunyai alamat tetap di Johor, ini juga merupakan kali pertama tertuduh dibawa ke mahkamah, dia juga sudah tidak memandu e-hailing selain tidak mempunyai sebarang maklumat tentang mangsa,” katanya.

Shaarmini kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 serta tarikh 13 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Awal bulan ini tular satu rakaman video memaparkan seorang pemandu e-hailing cuba meraba seorang penumpang wanita yang dipercayai merupakan wanita Vietnam di dalam sebuah kenderaan.

Susulan kejadian itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) pemandu yang terlibat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN