KOTA KINABALU – Polis menahan anak kandung suspek utama kes pembunuhan kejam wanita yang mayatnya dikerat tujuh bahagian dan dibuang di beberapa lokasi di Taman Indah Permai malam tadi.
Lelaki berusia 19 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Sepanggar kira-kira pukul 11 malam dalam operasi membabitkan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama Bukit Aman; Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah serta Bantuan Teknikal D8 JSJ IPK dan Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Luyang.
Penahanan itu susulan tangkapan bapanya yang berusia 71 tahun kira-kira pukul 5 petang semalam, kurang 24 jam selepas penemuan mayat mangsa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua tangkapan berkenaan.
“Suspek kedua ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini suspek utama lelaki tempatan berusia 71 tahun berjaya dikesan dan ditahan. Setakat ini motif kejadian dipercayai cemburu,” katanya ketika dihubungi. – KOSMO! ONLINE
Wanita dikerat tujuh: Selepas bapa, anak kandung pula ditahan
- Oleh IVAN AMIRUL
- 13 Februari 2026, 9:50 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Dua rentung: BMW terbakar dipercayai dipandu laju sehingga terbabas
27 Jun 2026, 11:12 am

PRN Johor: Onn Hafiz jumpa Nur Hafiz di Machap
27 Jun 2026, 11:08 am

Nelayan ditemukan lemas selepas tiga hari ops Carilamat
27 Jun 2026, 10:33 am

Piala Dunia 2026: Cape Verde lakar sejarah, Uruguay tersingkir
27 Jun 2026, 10:20 am

Siak masjid tampil jelas isu jenazah didakwa terbiar sejam
27 Jun 2026, 9:22 am

Helah membeli sebelum larikan iPhone peguam
27 Jun 2026, 9:19 am

‘Semasa bercerai, saya kosong, tiada duit apatah lagi harta’
27 Jun 2026, 9:00 am

Damak king ‘potong’ musang king
27 Jun 2026, 8:41 am






