fbpx
BELLA mengakui permintaan Ayden menyedarkan dirinya sudah lama tidak meluangkan masa menghantar anaknya itu ke sekolah berikutan terikat dengan jadual kerja. - SYAKIR RADIN

‘Saya menangis, Ayden minta hantar dia ke sekolah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyanyi Bella Astillah mendedahkan terpaksa melanggar jadual kerja buat pertama kali bagi memenuhi permintaan anak lelakinya, Ayden Adrean agar menghantarnya ke sekolah baru-baru ini.

Kata Bella, 32, perkara tersebut disuarakan anak sulungnya yang baru berusia sembilan tahun kerana berasakan Bella sudah lama tidak meluangkan masa dengannya.

“Ketika penggambaran video muzik lagu raya bersama Fippers di Janda Baik, Pahang baru-baru ini, saya lambat selama dua jam.

“Memang terpaksa lambat. Ayden hubungi saya pada hari sebelum penggambaran dan bertanya ‘mummy apa perancangan awak esok?’

“Kemudian saya jawab ada penggambaran muzik video tetapi dia minta saya hantar ke sekolah sebab katanya sudah lama tidak buat begitu,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu rayanya yang berjudul Ya Raya hari ini.

Tambah Bella, permintaan Ayden bagai satu tamparan hebat buat dirinya sekali gus tersedar sudah lama tidak menghantar buah hatinya itu ke sekolah.

“Saya menangis dan rasa kasihan sangat dengan Ayden sebelum minta izin dengan pihak Fipper untuk datang lambat. Terima kasih kepada Fipper sebab faham situasi saya.

Saya hantar bukan depan pintu pagar sekolah tetapi sampai ke kelas. Satu momen yang takkan dilupakan sebab memang dia tiba-tiba minta.

“Dari momen tersebut, saya tersedar yang jadual kerja terlalu sibuk sebab ‘call time’ selalunya pada waktu pagi sehingga jarang hantarnya ke sekolah,” jelasnya.

Hari ini, Bella melancarkan lagu raya solo pertamanya, Ya Raya yang merupakan projek kerjasama Universal Music Malaysia dengan Fipper.

Muzik video rasmi Ya Raya akan ditayangkan secara rasmi hari ini menerusi platform YouTube pada pukul 5 petang. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN