PETALING JAYA – Rata-rata orang ramai tidak menunggu lama untuk menebus bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) secara one off berjumlah RM100 semalam apabila menyerbu pasar raya dan kedai runcit terpilih. Tinjauan Kosmo! mendapati, suasana di beberapa premis lebih sibuk berbanding hari-hari sebelumnya dengan rata-rata penerima hadir seawal pagi bagi membelanjakan bantuan yang mula dikreditkan semalam. Biarpun berhadapan pelanggan lebih ramai pada hari pertama penebusan bantuan RM100, proses pembelian di kaunter pembayaran dilihat berjalan lancar seperti biasa berlaku pada tahun lalu.……














