fbpx
Anwar berucap pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di Putrajaya. Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

Jangan bina kandang babi di kawasan cetus kegelisahan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kerajaan tidak pernah menentang aktiviti penternakan babi, namun menegaskan ia tidak wajar diteruskan sekiranya dibangunkan di kawasan yang mencetuskan kegelisahan dan bantahan penduduk setempat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu ternakan babi tidak harus dilihat daripada sudut perkauman atau agama, sebaliknya perlu ditangani secara rasional dengan mengambil kira aspek kesihatan, kebersihan dan keharmonian komuniti.

Anwar berkata, aktiviti ternakan babi tidak digalakkan sekiranya dijalankan di kawasan kediaman yang didiami majoriti penduduk yang tidak memakan babi termasuk masyarakat Islam.

“Kita daripada segi dasar tidak menentang ternakan babi dan tidak melarang orang bukan Islam makan babi.

“Tetapi kita juga tidak boleh memaksa masyarakat yang tidak menghendakinya untuk menerima ternakan itu di persekitaran tempat tinggal mereka.

“Saya sendiri tidak bersetuju jika ada ternakan babi di sekitar rumah saya di Sungai Long. Bukan kerana saya anti orang Cina makan babi, tetapi kerana masalah bau dan pengurusan najis yang menimbulkan ketidakselesaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di sini, hari ini.

Perdana Menteri berjkata, isu bau, kesihatan dan pengurusan sisa ternakan merupakan masalah sebenar yang perlu ditangani, bukannya isu yang direka atau dipolitikkan.

“Kalau ada teknologi baharu seperti di Eropah yang menjamin kebersihan, itu boleh dipertimbangkan, tetapi jangan dibawa ke kawasan kampung atau perumahan penduduk. Hal-hal seperti ini perlu dibincangkan secara baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN