fbpx
MARITIM Malaysia menahan sebuah kapal tangki membawa kira-kira 50 tan metrik diesel di perairan Melaka, semalam.

Kapal tangki ditahan bawa 50 tan diesel tanpa dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Sebuah kapal tangki yang membawa kira-kira 50 tan metrik minyak diesel bernilai hampir RM180,000 ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Melaka, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin Zakaria berkata, penahanan itu dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika melaksanakan Operasi MURNI dan Operasi TIRIS 3.0 di Selat Melaka.

Katanya, kapal tangki berkenaan dikesan sedang bersauh pada kedudukan kira-kira satu batu nautika barat daya Pulau Melaka sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan oleh penguat kuasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut membawa kira-kira 50 tan metrik bahan api disyaki minyak diesel tanpa dokumen kebenaran yang sah.

“Nakhoda kapal juga gagal mengemukakan invois pembelian serta tidak mengisytiharkan kargo dalam dokumen Pelepasan Pelabuhan (Port Clearance),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kapal itu dikendalikan oleh lima kru warga Indonesia berusia antara 21 hingga 62 tahun.

“Sehubungan itu, kapal berkenaan ditahan pada kira-kira pukul 3.45 petang untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki memiliki barang kawalan tanpa permit sah serta gagal mematuhi peraturan pengisytiharan kargo seperti yang ditetapkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI