fbpx
Stephanie (kanan) bergambar bersama Steven (tengah) ketika pelancaran WORQ Well baru-baru ini.

WORQ Well tawar ruang kerja bersama berteraskan kesejahteraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyedia ruang kerja bersama dan fleksibel terkemuka di Malaysia, WORQ melancarkan WORQ Well yang berteraskan kesejahteraan untuk para pelanggannya.

Terletak di Menara Aspire, KL Eco City, WORQ Well menetapkan penanda aras baharu dalam aspek kesejahteraan dan prestasi di tempat kerja.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif WORQ, Stephanie Ping berkata, mereka bermula dengan menyediakan ruang kerja yang selesa untuk membantu komuniti usahawan dan juga syarikat pemula (startup).

Menurutnya, sambutan yang diterima baik dan mereka kemudian meneroka sesuatu yang baharu dengan dengan melancarkan WORQ Well.

“Kami sangat teruja untuk membuka WORQ Well pertama kami, yang menyatukan pengalaman tempat kerja yang luar biasa dengan persekitaran yang benar-benar mengutamakan kesejahteraan.

 “Ini merupakan projek kami yang paling berani setakat ini, direka untuk membantu perniagaan menarik dan mengekalkan bakat terbaik, serta memacu prestasi organisasi yang lebih kukuh,” katanya.

Tambahnya, WORQ Well menjadi subjenama baharu mereka dan menjadi fokus kepada agenda mengutamakan kesejahteraan pekerja.

Beliau berkata demikian ketika berucap sewaktu majlis pelancaran WORQ Well yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Steven Sim Chee Keong.

Dengan keluasan 34,300 kaki persegi dan mampu menampung sehingga 500 ahli, WORQ Well telah mencapai kadar penghunian penuh sebelum pembukaan rasminya, sekali gus menyerlahkan kedudukannya sebagai ruang kerja premium yang mengutamakan kesejahteraan.

Malah, ruang kerja tersebut turut dilengkapi dengan kolam renang dan pelbagai kemudahan lain yang menyokong ke arah kesejahteraan.

Terletak dalam ekosistem bandar bersepadu KL Eco City, WORQ Well menawarkan akses terus ke stesen LRT dan KTM, menjadikannya hab yang praktikal untuk kerja hibrid dan fleksibel.

Stephanie menambah, WORQ Well mengukuhkan rangkaian ruang kerja bersama berorientasikan transit WORQ, yang direka untuk membolehkan ahli menyesuaikan kerja dengan gaya hidup mereka. 

“Dari segi strategi pembangunan kami berorientasikan transit, ramai ahli kami memberitahu bahawa mereka memilih untuk bekerja di WORQ kerana ia berada di stesen rangkaian transit.

“Seiring peluasan rangkaian berorientasikan transit WORQ, peratusan ahli WORQ yang menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik telah meningkat daripada 20 peratus kepada 50 peratus pada ketika ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI