fbpx
Nur Liah menunjukkan gambar kenangan bersama arwah anaknya ketika ditemui di Kampung Seri Cheeding, Banting. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

Muhammad Zahir sempat minta beli coklat – Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Permintaan kecil seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun untuk dibelikan coklat bertukar menjadi memori terakhir terpahat dalam ingatan keluarganya apabila mangsa ditemukan rentung dalam kebakaran di rumah sewa mereka di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting, awal pagi tadi.

Lebih menyayat hati, hasrat berkenaan tidak sempat ditunaikan apabila bapa kanak-kanak itu keluar ke kedai ketika kebakaran berlaku.

Menurut Nur Liah, ketika kejadian dia sedang tidur bersama bayi lelakinya berusia sebulan di sebuah bilik, kira-kira pukul 2 pagi.

“Tidak lama kemudian, seorang anak lelaki memberitahu terdengar bunyi letupan dan melihat api kecil di bahagian dapur. Panik dan terkejut, saya bergegas membawa bayi dan anak-anak keluar tanpa menyedari arwah (Muhammad Zahir) rupa-rupanya masih tidur lena di biliknya,” katanya ketika sebak ditemui Kosmo! hari ini.

Jelas Nur Liah yang juga peguam, anak ketiga daripada empat beradik itu sempat meminta bapanya membeli coklat di kedai sekitar kampung itu.

“Kebakaran itu berlaku ketika suami saya keluar pergi ke kedai dan berlaku agak pantas. Ketiadaan arwah hanya disedari ketika saya bersama tiga anak berada di luar rumah. Saya cuba menyembur air paip, namun gagal kerana api terlalu marak,” katanya yang kini berteduh sementara di Masjid Kampung Seri Cheeding.

Jenazah Muhammad Zahir dihantar ke Hospital Banting bagi proses bedah siasat dan jenazahnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Cheeding petang ini.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI