fbpx
Gambar hiasan.

‘Tak bagi duit, mak hantar segala video ceramah tentang anak derhaka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Bila tolak, (mak) hantar segala video mak nenek ceramah tentang anak derhaka atau anak tak boleh cakap ‘tidak’, dan anak perlu balas jasa”.

Itu luahan seorang individu tidak dikenali, mendedahkan tertekan disebabkan sikap ibunya yang sering meminta wang daripadanya.

Menggunakan profil @Enoughofgram di media sosial individu itu berkata, dirinya tidak berkira, malah setiap bulan ibu diberikan wang sebanyak RM1,000.

Namun katanya, ia bertukar menjadi beban apabila jumlah berkenaan seolah-olah tidak pernah cukup bagi wanita itu sehingga meminta lebih lagi.

“Ramai tak faham konteks. Saya tak pernah berkira dengan mak. Cumanya rasa sangat terbeban bila dah gaji ja bagi RM1,000. Bila ‘tang’ Wi-Fi, minta lagi. Bila nak makan luar, semua main telefon tanda tunggu saya bayar.

“Bila nak isi minyak, isi TnG pergi jalan, pun saya juga. Nak beli karpet atau bingkai rumah, saya lagi. Saya nak menyimpan macam mana?,” soalnya.

Luahannya itu meraih perhatian orang ramai yang rata-rata simpati dengan situasi dihadapi individu tersebut, malah ada yang turut memberikan beberapa cadangan.

“Duduk lah jauh-jauh, jangan pedulikan segala bil itu. Bagi duit setiap bulan sudah! Sayangi diri awak sendiri dahulu,” ujar @Wm612023.

“Bagi RM1,000, kemudian pindah sewa di luar. Perbelanjaan akan tinggi tetapi ia akan beri kamu ketenangan fikiran,” cadang @Nbj00007.

“Belajar untuk kata ‘tidak’. Memang hati kena kental,” komen @Borehan.idrs. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN