fbpx
Pelanggan mempunyai hak untuk memilih dan bukannya terpaksa membeli lima kuih sama dalam satu bekas.

Luahan pembaca: Kecewa kuih sama dalam satu bekas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Promosi kreatif peniaga sememangnya perlu untuk menarik perhatian pembeli bagi melariskan jualan. Bagaimanapun, ada satu taktik peniaga kuih ketika ini membungkus satu jenis makanan itu dalam satu bekas.

Tindakan itu menyebabkan pengguna tiada pilihan selain perlu membeli satu jenis kuih itu dalam kuantiti lima biji pada harga RM2 atau lebih.

Kadang-kadang kita hanya hendak makan sebiji kuih tetapi oleh kerana taktik itu kita terpaksa membeli satu bekas sehingga menyebabkan pembaziran.

Kalau hari kerja bolehlah beri kepada rakan sepejabat tetapi jika di rumah ia akan terbiar dan akhirnya dibuang ke dalam tong sampah.

Mungkin ada lagi peniaga yang menjual secara terbuka dan pengguna bebas membuat pilihan tetapi jumlahnya amat sedikit.

Perbuatan itu juga mendatangkan kerugian kepada peniaga apabila pengguna membatalkan niat untuk membeli bila ternampak kaedah jualan seumpama itu.

Peniaga tidak boleh untung tanpa pembeli. Oleh itu tolong dengarkan luahan ini supaya kami yang makan sebiji kuih ini dapat menikmati makanan kegemaran tanpa rasa mengeluh.

Ambil peduli
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN