PEKAN – Pemilik tanah yang telah menjadi lautan akibat hakisan pantai di negeri ini masih perlu membayar cukai tanah selagi gerannya tidak diserahkan kepada kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, tanah berkenaan adalah hak individu. “Individu berkenaan mempunyai hak ke atas kawasan di dalam geran berkenaan dan juga masih perlu membayar cukai tanah seperti sebelum ini,” katanya pada Majlis Perasmian Pusat Rawatan Perubatan Tradisional dan Komplementari Hospital Pekan di sini semalam.…














