fbpx
ORANG ramai melintas jalan di kawasan GInza, Tokyo pada 11 Disember 2025. – AFP 

3 penyamun guna semburan lada kebas wang lebih RM10 juta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Tiga perompak mencuri beberapa beg pakaian berisi wang tunai 420 juta yen (RM10.6 juta) di sebatang jalan yang sibuk di pusat bandar Tokyo, kata polis dan akhbar tempatan hari ini.

Mereka menggunakan semburan lada untuk merampas beg-beg pakaian mengandungi wang itu sekitar pukul 9.30 malam (waktu tempatan) semalam berhampiran stesen Ueno yang popular dalam kalangan pelancong, kata seorang jurucakap Polis Metropolitan Tokyo kepada AFP.

Beliau enggan memberikan butiran lanjut tetapi akhbar tempatan melaporkan, mangsa ialah sekumpulan lima warga China dan Jepun yang cuba meletakkan beg-beg pakaian mengandungi wang kira-kira 420 juta yen ke dalam sebuah kenderaan.

Tidak jelas mengapa mereka membawa wang tersebut.

Stesen televisyen Fuji Television menyatakan, mangsa memberitahu polis wang tunai itu untuk dihantar ke stesen pertukaran mata wang.

Secara berasingan, seorang lelaki membawa wang tunai 190 juta yen (RM4.8 juta) juga diserang menggunakan semburan lada oleh sekumpulan tiga lelaki awal pagi tadi di tempat letak kereta lapangan terbang Haneda Tokyo.

Polis sedang menyiasat kaitan antara kedua-dua serangan itu, kata badan penyiar TBS. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN