fbpx
Gambar hiasan.

Menggigil jual barang kemas curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Gerak geri ­seperti menggigil dan cemas menjadi antara panduan bagi ­pemilik kedai emas untuk ­me­ngesan pelanggan yang ­menjual barangan daripada sumber ­me­ragukan termasuk hasil curi.

Seorang peraih emas yang mahu dikenali sebagai Zulaikha berkata, sekiranya berdepan situasi tersebut dia akan segera menolak untuk membeli aksesori tersebut.

“Saya tidak akan ambil barang hasil rompakan, namun adakalanya sebagai peniaga kita terperdaya dengan taktik licik segelintir pelanggan yang cukup meyakinkan.

“Namun, kita akan memastikan setiap urusan jual beli emas tersebut mempunyai dokumen bagi tujuan pemeriksaan sekira­nya ia diperoleh daripada sumber yang meragukan,” katanya ketika ditemui.

Menurut Zulaikha, sebagai peraih emas, adakalanya dia didatangi pembeli emas di media sosial yang mahu menjual semula barangan mereka yang dibeli pada harga terlalu rendah.

“Bila mereka serah, kita sudah dapat menilai sama ada ia tulen atau palsu. Dari segi kilatan pun sudah tahu tidak perlu buat ujian asid (kimia) untuk mengesahkan tahap ketulenannya.

“Ada juga premis jual beli emas yang memiliki mesin pengesan emas. Bagaimanapun, rata-rata peraih emas seperti saya hanya belajar daripada pengalaman.

“Jadi kami dapat membezakan emas 916 (tulen) atau emas campuran yang kebanyakan merupakan emas zaman sebelum 1980-an.

“Sebelum ini ada aksesori yang dicampur 70 hingga 80 peratus emas, jadi kita kena lebur terlebih dahulu untuk menga­singkannya. Tidak semua kedai ambil emas seperti ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN