fbpx
Gambar hiasan

Pelajar tahfiz lebam, bengkak di tangan dipukul tiga rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang pelajar di sebuah pusat tahfiz di sini dipercayai dipukul tiga rakannya baru-baru ini sehingga mengalami lebam dan bengkak pada kedua-dua belah tangan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada Isnin kira-kira pukul 11.28 pagi.

“Berdasarkan laporan, kejadian dipercayai berlaku pada 18 Januari 2026 kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
“Mangsa mendakwa dipukul oleh tiga orang pelajar di tahfiz yang sama sehingga mengalami lebam serta bengkak di tangan kiri dan kanan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Naazron, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Muhammad Haniffa Abd Rajk di talian 019-7356544. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN