fbpx
GAMBAR HIASAN

Negeri Sembilan mempunyai garis sesar kuno, risiko gempa bumi kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan secara geologinya tidak terletak dalam zon lingkaran api pasifik yang aktif, namun mempunyai beberapa garis sesar kuno yang boleh diaktifkan semula akibat pelepasan tenaga tektonik serantau.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) tidak boleh menolak kemungkinan boleh berlaku gempa bumi berskala kecil di kawasan sensitif sesar tersebut.

“Sekiranya berdasarkan rekod sejarah dan kajian seismik tektonik, kawasan yang dikenal pasti mungkin mempunyai risiko gempa bumi mikro atau berskala kecil di Negeri Sembilan kerana adalah kawasan yang berhampiran dengan sesar Kuala Pilah.

“Maka bagi menjawab persoalan mengenai risiko ini dalam masa yang akan datang, JMG tidak boleh menolak kemungkinan boleh berlaku gempa bumi berskala kecil di kawasan sensitif sesar tersebut,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berhubung risiko gempa bumi di Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN