Saudara Pengarang, Pada 2011, seingat saya harga jualan getah di kampung pada harga lebih RM8 sekilogram. Ketika itu, orang kampung macam orang kaya baru. Antaranya disebabkan bekalan getah jatuh ekoran keadaan cuaca, manakala permintaan tetap tinggi selain gangguan lain di negara pengeksport utama. Permintaan dari negara membangun, khususnya China dan India, meningkat pesat pada masa itu disebabkan pertumbuhan ekonomi yang kuat dan berkembangnya industri kereta yang menggunakan banyak getah untuk tayar. Berikutan itu, ramai pekebun beralih kepada tanaman pokok getah.……














