PETALING JAYA – Ketika kebanyakan anak muda memilih untuk bekerja di dalam pejabat atau mengejar populariti di media sosial, dua sahabat sanggup berpanas, bergelumang tanah dan memerah keringat sebagai penggali kubur. Muhammad AlFazril Roslan, 25, dan Mohd. Jamil Zadi, 38, memilih pekerjaan tersebut yang jarang diminati, namun sentiasa diperlukan secara sepenuh masa. Tanpa keluhan dan bekerja dengan penuh keikhlasan, anak muda dari Desa Mentari di sini itu, melihat tugas tersebut bukan sekadar punca rezeki, sebaliknya pelaburan untuk akhirat. Mereka mula…














