fbpx
AHMAD ZAHID ketika hadir di Majlis Pecah Tanah Taman Industri QL Innofood di Hutan Melintang, Bagan Datuk, hari ini. Foto FACEBOOK AHMAD ZAHID

Tadika, tabika Kemas sebagai kelas persediaan pelajar prasekolah, tahun satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpendapat, tabika dan tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berperanan penting sebagai kelas persediaan untuk murid-murid prasekolah dan tahun satu di negara ini.

Beliau yang menyelia institusi berkaitan Kemas berkata, pelan pendidikan negara sangat terkini apabila kanak-kanak enam tahun akan menjadi murid tahun satu.

“Tabika dan tadika Kemas, begitu juga persekolah perpaduan dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat menyantuni pelajar-pelajar daripada umur 3 dan 4 tahun.

“Jadi, Jemaah Menteri memutuskan Kemas meneruskan kelas-kelas yang sedang berjalan. Begitu juga institusi yang saya sebutkan tadi,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Taman Industri QL Innofood di Hutan Melintang, Bagan Datuk hari ini.

“Namun, perlu ada penyelarasan dan juga penguasaan supaya ada kesinambungan silibus ataupun mata pelajaran itu dengan tadika ataupun kelas prasekolah di sekolah kebangsaan untuk murid-murid berumur 5 tahun ini,” katanya.

Ujarnya, persiapan itu diadakan dengan teliti dan Kemas akan menjadi kelas perantara untuk murid prasekolah dan tahun satu secara berkesan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI