fbpx
AGAKNYA sudah lama tidak bertemu, Aliff Aziz meluahkan kerinduan buat anak-anak menerusi media sosial.

Siap ‘tuju’ lagu, Aliff Aziz rindukan anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARANGKALI tidak tahan menanggung rindu, penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz memuat naik video yang berlatarkan momen dengan dua permata hatinya, Ayden dan Ara.

Sambil membawakan lagu Takdir Buatku nyanyian asal Izzal Anuar, bekas suami kepada penyanyi Bella Astillah itu menjiwai setiap patah lirik seolah-olah mendedikasikan lagu nyanyian berkenaan buat anak-anaknya.

Sekali gus hantaran dikongsikan dalam Instagramnya itu menunjukkan kerinduan tidak berpenghujung terhadap anak-anak. Bukan hanya membuatkan ramai netizen sebak, ada kelompok lain pula muncul dengan pelbagai teori termasuk kononnya Aliff sendiri memilih enggan berjumpa Ayden dan Ara.

Ada komen lain pula mendakwa bekas isterinya yang tidak memberikan kebenaran kepada selebriti Singapura itu untuk bertemu anaknya.

Alahai, tak perlu berteka-teki sampai boleh mencetuskan teori tidak benar. Sebelum ini teman media pernah bertanyakan hubungannya dengan anak-anak selepas bercerai, namun Aliff meminta maaf dan enggan membicarakan hal itu bimbang kenyataannya disalah tafsir.

DIVA: Kurang sebulan nak Ramadan, duta baju raya kembali berlambak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN