fbpx
SEORANG lelaki melintas jalan ketika cuaca sejuk di Washington hari ini. – AFP

Ribut salji acam lebih 200 juta penduduk AS, puluhan ribu penerbangan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HOUSTON, Texas – Ribut musim sejuk menuju timur laut Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas melanda sebahagian besar AS,mengancam ratusan juta penduduk  dengan gangguan bekalan elektrik, kekacauan pengangkutan dan kesejukan ekstrem.

Selepas membadai barat daya dan tengah AS, ribut mula melanda negeri-negeri menghadap Lautan  Atlantik yang padat dengan penduduk ketika salji dan ais meliputi sebahagian besar negara itu

“Salji dan hujan batu akan berlarutan hingga minggu depan, menjadikan permukaan berais dan berbahaya untuk pengguna jalan raya,” kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS).

Salji dilaporkan meliputi seluruh bahagian tengah AS termasuk Kansas, Oklahoma dan Missouri, kata NWS.

Setiausaha Pengangkutan Sean Duffy memberi amaran bahawa sehingga 240 juta rakyat Amerika boleh terjejas oleh ribut itu.

Sekurang-kurangnya 20 negeri dan ibu negara AS,  Washington mengisytiharkan keadaan darurat.

“Orang ramai perlu mengambil serius ribut ini,” kata NWS di laman X.

Kira-kira 14,000 penerbangan masuk dan keluar dari AS dibatalkan sepanjang hujung minggu ini, manakala ribuan lagi ditangguhkan, demikian menurut laman web pengesan penerbangan, FlightAware.

Lebih 180,000 pengguna pula terputus bekalan elektrik setakat pagi tadi termasuk 45,000 di Texas dan 67,000 di negeri Louisiana. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI