fbpx
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (lima dari kiri) pada majlis pecah Taman Industri milik QL Resources di Bagan Datuk hari ini.

QL Resources labur RM1.3 bilion bina kilang di Bagan Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN DATUK –  QL Resources Berhad (QL Resources) meluaskan prospek pemasaran produknya dengan membina hab perkilangan makanan bersepadu baharu seluas  40  hektar di Hutan Melintang dengan kos pembinaan sebanyak RM1.3 bilion.

Pengerusi Eksekutifnya, Dr. Chia Song Kun berkata, Taman Industri QL Innofood yang dijangka siap sepenuhnya 10 tahun lagi itu akan mempunyai 13 kemudahan pengeluaran dengan kapasiti gabungan 130,000 tan metrik (mt) setahun.

Menurut beliau, hab ini akan meningkatkan jumlah pengeluaran QL di Hutan Melintang sebanyak 2.5 kali ganda kepada 180,000 MT setahun sekali gus akan menawarkan kira-kira 3,000 peluang pekerjaan langsung untuk komuniti tempatan Hilir Perak.

“Antara ciri utama kemudahan ini termasuklah sistem bilik sejuk berpusat yang dilengkapi Sistem Penyimpanan dan Pengeluaran Automatik (ASRS), pergudangan pintar dan pemantauan kualiti berasaskan data bagi memastikan standard keselamatan makanan yang tertinggi.

“Taman ini menyepadukan elemen kelestarian dalam reka bentuknya. Ini termasuk pemasangan solar fotovoltaik (PV), penggunaan biojisim daripada sisa pertanian, dan sistem pengurusan sisa pepejal yang cekap,” katanya semasa berucap pada Majlis Pecah Tanah Taman Industri QL Innofood di Hutan Melintang, Bagan Datuk hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI