fbpx
TETO MARTIN melakukan sepakan walaupun cuba dihadang pertahanan PDRM, Amir Saiful Badeli dalam aksi timbal balik saingan pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

Piala Malaysia: JDT tepati ramalan, tempah tiket ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan melangkah ke pusingan suku akhir Piala Malaysia dengan agregat 11-1 selepas menewaskan PDRM FC 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Beraksi di laman sendiri, Xisco Munoz membuat beberapa pertukaran daripada perlawanan pertama termasuk meletakkan Marcos Guilherme dan Yago Cesar dalam kesebelasan utama.

Guilherme yang meledak dua gol ketika berdepan The Cops, Ahad lalu hampir mencipta jaringan pada minit kelima namun rembatan dari dalam kotak penalti melewati palang gol lawan.
Berbeza dengan aksi pertama, anak buah Eddy Gapil bertahan dengan baik apabila mengekang kemaraan JDT daripada dimalukan buat kalo kedua.

Guilherme sekali lagi berada di posisi terbaik untuk memecahkan kebuntuan, namun pemain kelahiran Brazil itu mensia-siakan peluang keemasan yang diusahakan Rui Filipe pada minit ke-35.

Penjaga gol PDRM FC, Nor Hakeem Hamidun beraksi dengan cemerlang apabila menafikan beberapa percubaan berbahaya JDT bagi memastikan gawang tidak dibolosi.

Bersambung babak kedua, Jairo Da Silva yang baharu dibawa masuk hampir mencipta gol pembukaan pada minit ke-49 namun gagal meletakkan bola ke dalam gawang lawan.

Pada minit ke-66, gol yang diburu JDT akhirnya muncul jua setelah umpanan Jairo disudahkan Teto Martin dari jarak dekat untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan.

Harimau Selatan meningkatkan tempo permainan bagi memburu tambahan gol, namun hajat anak buat Munoz itu tidak kesampaian.

JDT akan berdepan Melaka FC pada pusingan suku akhir pada awal Februari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI