KALAU nak cakap konten paling lucu dan tular minggu ini, momen kasut tumit tinggi Rozita Che Wan atau Che Ta jatuh dari sebuah tempat makan terapung di ibu negara antara yang menghiburkan hati ramai baru-baru ini.
Momen lucu tersebut berlaku ketika Che Ta menjamu selera dalam keadaan terapung dengan menggunakan derek (crane) pada paras ketinggian sekitar 50 meter, tergantung di udara sambil melihat pemandangan kota raya Kuala Lumpur.
Kejadian kasut tumit tinggi warna kelabu jatuh tersebut ketika suaminya, Zain Saidin meminta Che Ta menunjukkan momen kaki terapung di udara.
“Ya Allah, kasut jatuh!” jerit Zain yang sempat merakam momen kasut tumit tinggi terlucut dari kaki isterinya.
Rata-rata netizen terhibur dan bersyukur kasut tersebut tidak terkena pada mana-mana individu di bawah selain mengakui gayat melihat ketinggian lokasi tersebut.














