fbpx
CASEMIRO bakal meninggalkan Old Trafford selepas United tidak mengaktifkan klausa lanjutan kontrak 12 bulan. - AFP

EPL: Legasi empat tahun temui noktah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United mengesahkan Casemiro akan meninggalkan Old Trafford pada penghujung musim ini apabila kontraknya tamat, sekali gus menamatkan tempoh empat tahun penuh warna bersama kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Pengesahan tersebut menutup satu bab penting dalam era moden United dengan pemain tengah Brazil itu antara watak utama kebangkitan awal kelab selepas ketibaannya dari Real Madrid pada Ogos 2022.

Sepanjang tempohnya di Old Trafford, Casemiro membantu United memenangi Piala Liga 2023 dan Piala FA 2024, selain turut menjaringkan gol di pentas final dan membawa pasukan ke perlawanan akhir Liga Europa musim lalu.

The Red Devils sebenarnya memiliki opsyen lanjutan kontrak selama 12 bulan, namun menurut laporan, kelab membuat keputusan untuk tidak mengaktifkannya sebagai sebahagian daripada pelan merombak bahagian tengah pasukan.

Keputusan itu juga dikaitkan dengan struktur gaji apabila Casemiro antara pemain bergaji tertinggi dalam skuad sekali gus membuka ruang kewangan untuk pelaburan baharu di posisi tengah.

“Saya akan membawa Manchester United bersama sepanjang hidup saya. Sejak hari pertama melangkah ke stadium indah ini, saya merasakan keghairahan Old Trafford dan cinta penyokong terhadap kelab istimewa ini,” kata Casemiro dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, pemain berusia 33 tahun itu menegaskan tumpuannya kekal sepenuhnya untuk baki musim ini untuk membantu United memburu penamat terbaik.

“Ini belum masa untuk mengucapkan selamat tinggal. Masih banyak kenangan untuk dicipta dalam beberapa bulan akan datang. Kita masih ada banyak yang perlu diperjuangkan bersama,” ujarnya. – AGENSI24

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN