fbpx
Tangkap layar hantaran mesej diterima oleh pelanggan daripada peniaga dalam talian.

‘Daripada jual ubat kurap, baik jual kismis biar cerdik sikit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pembeli berang dengan tindakan peniaga dalam talian yang mengutuknya selepas menerima mesej pulangan semula barang.

Menerusi satu hantaran di Threads, individu tersebut menerima mesej daripada penghantar untuk proses pemulangan selepas barang yang dibelinya pecah.

“Ayah aku minta beli barang di TikTok, sekali dapat tahu daripada penghantar (bahawa) barang pecah. Tiba-tiba dapat mesej macam ini daripada peniaga. Kau memang silap orang nak cari gaduh.

“Masalah aku ke kalau penghantar barang cakap barang pecah? Daripada kau jual ubat kurap, baik jual kismis sahaja. Biar cerdik sikit,” katanya.

Individu tersebut turut meminta peniaga supaya memulangkan semula wang ketika proses pemulangan barang. Peniaga tersebut didakwa tidak mengambil maklum situasi sebenar antara penghantar dan individu berkenaan.

“Kalau tak nak terima barang, jangan gatal nak beli. Tolong cakna orang hantar barang guna modal tapi bila pulang semula, rosak botol pecah,” ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi daripada netizen, namun rata-rata mereka berpuas hati dengan pergaduhan antara individu dan peniaga berkenaan.

“Terima kasih atas makian. Saya berpuas hati membacanya,” komen @Tyhrah_.

“Padat, tepat dan padu terus menusuk ke jantung peniaga. Macam tak boleh cakap elok-elok,” kata @Arenieda. —KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI