fbpx
Ahmad Fauzan (kiri) menerima lesen mendulang emas daripada kakitangan PTG di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Teruja nak mendulang emas lepas dapat lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Dua peniaga yang menerima kelulusan lesen mendulang emas gembira dan teruja apabila dibenarkan untuk datang mengambil dokumen tersebut di Kompleks Kota Darulnaim di sini bermula semalam.

Tinjauan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan di sini mendapati, beberapa pemohon hadir untuk mengambil lesen yang sudah siap diproses hari ini.

Seorang peniaga yang menerima lesen, Mohd. Zulkifli Ismail, 45 berkata, dia akan pergi ke Sungai Bertam, Tanah Merah hari ini untuk meninjau kawasan yang dibenarkan untuk mendulang emas.

“Selepas mengambil lesen, saya dan keluarga akan ke Tanah Merah untuk melihat kawasan yang dibenarkan oleh kerajaan untuk mendulang emas bermula 1 Januari lalu.

“Saya mengusahakan sebuah syarikat dan berpengalaman berkaitan industri jual beli emas dan ingin cuba dan melihat kualiti emas yang diperoleh hasil daripada aktiviti mendulang,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Seorang lagi peniaga, Ahmad Fauzan Mohd.Zain, 48, berkata, dia sudah hadir untuk mengambil lesen selepas dihubungi kakitangan PTG.

“Saya tidak sabar untuk mendulang emas dan berhajat untuk membawa keluarga ke kawasan sungai di Jeli,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Mineral) PTG Kelantan, Muhammad Zeinnihaqim Mohd. Yussoff berkata, sebanyak 20 lesen daripada 229 permohonan diserahkan kepada penerima hari ini.

“Seramai 281 pemohon belum menjelaskan bayaran selepas mereka mengambil borang daripada pejabat PTG baru-baru ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI