AGAK lama juga saya tidak menaiki bot dari jeti Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Pada pandangan saya, kemudahan di jeti bertambah baik dengan beberapa perubahan dilakukan demi keselamatan serta keselesaan pengusaha bot dan juga kegunaan orang ramai. Trip empat hari, tiga malam kali ini saya berenam sahaja yang menyertainya bersama tekong Mat dan pembantunya Halim. Rasanya inilah kali pertama saya menerokai lautan Terengganu ini tanpa singgah di sekitar pelantar minyak seperti kelazimannya. Sebaik keluar dari kuala Sungai Terengganu, bot terus ‘pacak’……














