JAKARTA – Polis memburu sekumpulan perompak yang melepaskan tembakan ke arah sebuah lori di Tulang Bawang Barat, wilayah Lampung dan melarikan wang tunai berjumlah 800 juta rupiah (RM191,000), lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) di Kampung Daya Asri, Isnin lalu.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @24jam.lampung menunjukkan tingkap di tempat duduk pemandu pecah, manakala cermin hadapan retak akibat kesan tembakan.
Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Lampung, Yuni Iswandari Yuyun berkata, kumpulan pencuri itu mengambil wang kertas mencecah 800 juta rupiah.
“Kes ini masih dalam siasatan. Polis sedang mengumpul bukti dan berusaha mengenal pasti pelaku yang melepaskan tembakan,” kata Yuni.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kenapa pemandu lori itu mencurigakan?” kata seorang netizen. – AGENSI














