fbpx
Tangkap layar kenedraan di tepi jalan yang mengganggu laluan masuk ke parkir LRT.

Pengguna LRT Alam Megah, parkir kereta jangan penting diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki berang dengan tindakan sesetengah pengguna pengangkutan awam yang parkir kereta sehingga mengganggu laluan masuk.

Hantaran di Threads, lelaki berkenaan meminta semua pengguna pengangkutan awam itu mempunyai pertimbangan yang wajar (common sense) sebelum parkir kenderaan.

“Untuk semua pengguna LRT Alam Megah, tolong ada ‘common sense’ kalau nak parkir kereta. Jangan sampai sekat kereta nak masuk,” katanya.

Video berdurasi 13 saat itu turut memaparkan lelaki tersebut memaparkan plat nombor kereta yang parkir di hadapan laluan masuk.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berang dengan tindakan pemandu kereta yang tidak bertimbang rasa apabila parkir kenderaan.

“Orang kita ada ‘common sense’ ke? Parkir pun bersepah sampai kena gesel dengan lori. Nanti tahu pula nak buat laporan polis walaupun salah sendiri,” komen @En.azlan8820.

“Pancitkan dua tayar kereta itu, mungkin baru dia sedar tak boleh parkir di situ,” komen @Lafleek_.

“Kalau rasa nak naik pengangkutan awam, lebih baik naik bas dari rumah. Kalau rasa nak naik kereta, teruskan sampai tempat kerja. Bagi saya kos, lebih kurang sahaja,” komen @Adddrazzzz. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI