fbpx
Muhammad Hazim selamat tiba di Hospital Seberang Jaya, malam tadi.

Pemuda nahas di Krabi sudah dibawa pulang ke P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan kritikal di sebuah hospital di Krabi, Thailand akibat kemalangan dengan lori di negara jiran selamat tiba di Pulau Pinang malam tadi.

Mangsa, Muhammad Hazim Rafiq Bin Hussain, 21, kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) hasil sokongan orang ramai dan koordinasi pantas pertubuhan kebajikan.

Muhammad Hazim tiba di HSJ pada pukul 11.30 malam dengan ambulans dan ditemani ibunya, Rozina @ Norhafizah Abdul Rajad, 51.

Pengerusi One Hope Charity, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya bertindak pantas sebaik sahaja menerima permohonan bantuan daripada keluarga mangsa.

“Kami segera menyelaras urusan berkaitan rawatan perubatan, pelepasan hospital dan pemindahan rentas sempadan, di samping melancarkan kutipan dana secara serentak,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, wang sebanyak RM80,000 diperlukan bagi menampung kos perubatan dan dan membawa pulang pemuda itu ke Malaysia. Setakat ini Muhammad Hazim dilaporkan stabil dan dalam pemantauan pasukan perubatan HSJ.

Semalam Kosmo! Online melaporkan seorang pemuda yang koma di sebuah hospital di Krabi selepas terlibat kemalangan de­ngan lori pada 31 Disember lalu memerlukan dana sebanyak RM80,000 untuk dibawa pulang ke negara ini.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecede­raan parah termasuk pendarahan pada kepala, paru-paru bocor dan retak tulang bahagian pinggang. Kejadian berlaku ketika mangsa bersama lima rakan berkonvoi ke negara jiran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN