SEREMBAN – Sebelum ini hampir setiap hari bergelut dengan tantrum dan emosi tidak terkawal, ini Muhammad Nur Raziq Muhammad Nur Qisti, 12, mampu duduk tenang selama hampir setengah jam mengatur strategi di papan catur. Muhammad Nur Raziq, murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi itu merupakan kanak-kanak dalam spektrum autisme dan kini berjaya melangkah lebih jauh dalam sukan catur, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan keluarga sebelum ini. Ibunya, Nur Syazana Zakaria, 36, berkata penglibatan anak sulung…














