fbpx
Kok Seong (gambar kecil).

Titah Diraja mengenai bahasa Melayu perlu dipandang serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Titah Yang di-Pertuan Agong berhubung bahasa Melayu tidak boleh dipandang enteng susulan gejala ‘menolak’ bahasa kebangsaan itu oleh sesetengah pihak kini dilihat semakin jelas.

Ahli akademik merangkap Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, titah berkenaan adalah sesuatu yang serius dan tepat pada waktunya selain tidak boleh dipandang mudah oleh semua kaum.

“Walaupun dia (pihak tertentu) membuat pengakuan bahawa Bahasa Melayu itu penting sebagai bahasa kebangsaan, tetapi dari segi kelakuan, jelas keadaan adalah (menunjukkan) sebaliknya. Tidak selari.

“Semua kaum terutamannya yang bukan Melayu harus faham tentang dasar bahasa di Malaysia. Bahasa Melayu adalah bahasa negara, sekali gus berperanan sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi.

“Nombor dua penting kedudukannya di negara kita pula adalah Bahasa Inggeris, sebagai bahasa antarabangsa paling penting di dunia. Selepas itu barulah bahasa-bahasa lain,” ujarnya.

Beliau mengulas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, semalam, bahawa sesiapa sahaja yang tidak menerima Bahasa Melayu, sebaiknya jangan tinggal di Malaysia.

Seri Paduka bertitah, sebarang usul untuk mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain, mestilah menerima bahasa Melayu dan sejarah Malaysia.
Titah Seri Paduka Baginda, sistem pendidikan negara juga perlu terus diperkasa sebagai pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI