fbpx
Interim Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin

Gaji minimum staf MNRB RM3,100/bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MNRB Holdings Berhad hari ini mengumumkan pelaksanaan Komitmen Gaji Sara Hidup, selaras dengan usaha nasional untuk menggalakkan gaji yang adil dan mencukupi, sambil memperkukuh misi Kumpulan yang mengutamakan rakyat.

Di bawah komitmen ini, semua pekerja tetap warganegara Malaysia dalam Kumpulan menerima gaji sara hidup minimum bulanan sebanyak RM3,100.

Ia selari dengan visi MNRB iaitu ‘Kami Melindungi Anda’, yang menekankan komitmen Kumpulan untuk melindungi kesejahteraan pekerja, menyokong prestasi organisasi yang mampan dan menegakkan amalan pekerjaan yang adil.

Interim Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, pihaknya percaya bahawa keselamatan kewangan adalah asas kepada kepuasan kerja dan kesejahteraan keseluruhan.

“Dengan menerima pakai Komitmen Gaji Sara Hidup, kami memperkukuh tanggungjawab kami untuk melindungi warga kerja kami, sambil menyokong kestabilan jangka panjang mereka dan memberi ganjaran atas sumbangan bermakna mereka kepada organisasi,” katanya dalam kenyataan.

MNRB ialah syarikat pegangan kewangan terkemuka yang menawarkan insurans semula, takaful semula dan penyelesaian takaful melalui anak syarikat milik penuhnya Malaysian Reinsurance Berhad, Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN