fbpx
MAGUIRE

EPL: Carrick arah tolak semua tawaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United dilapor telah menolak beberapa tawaran yang hadir untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengahnya, Harry Maguire.

Pengendali interim, Michael Carrick dilkatakan telah ‘menutup rapat ‘pintu’ yang berpotensi menyebabkan beliau kehilangan khidmat pemain itu pada baki saingan musim ini kerana masih memerlukan Maguire.

Laporan menyebut, salah satu minat tersebut hadir menerusi dua gergasi Serie A berseteru, AC Milan dan Inter Milan selain beberapa pasukan di Liga Perdana Inggeris turut mengintai peluang untuk mengemukakan tawaran.

Musim ini menyaksikan Maguire terlepas 10 perlawanan daripada 21 aksi setakat ini sekora mengalami beberapa masalah kecederaan menyebabkan United mula merasai kehilangan ekoran kerapuhan di benteng pertahanan.

Biarpun mengharungi karier yang sukar di Old Trafford, Maguire berjaya bangkit dan kini menjadi kegemaran peminat menyebabkan Carrick mahu semua tawaran untuk mendapatkan pemain berusia 32 tahun itu ditolak.

Kehadiran Steve Holland dalam staf kejurulatihan Carrick juga mungkin menyebabkan Maguire akan terus kekal di United apabila kedua-dua mereka pernah bekerjasama selama lapan tahun dalam skuad kebangsaan England sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN