fbpx
Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran melibatkan empat buah rumah di Taman Ampang Pecah, malam tadi. - IHSAN Bomba

Empat rumah teres terbakar di Taman Ampang Pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KUBU BARU – Empat buah rumah teres satu tingkat musnah dalam kebakaran di Taman Ampang Pecah di sini malam tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.39 malam.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baru tiba di lokasi pada pukul 9.57 malam selepas menempuh jarak kira-kira 13 kilometer.

“Kebakaran melibatkan empat buah rumah teres satu tingkat berkeluasan kira-kira 74.32 meter persegi setiap unit.

“Anggaran kemusnahan melibatkan tiga buah rumah terbakar 95 peratus manakala sebuah lagi rumah terbakar kira-kira 30 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.25 malam dan oerasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.28 pagi tadi,” katanya.

Tambahnya, operasi melibatkan seramai 33 anggota dari BBP Kuala Kubu Baru, BBP Rawang, BBP Bukit Sentosa, BBP Tanjung Malim serta Pasukan Bomba Sukarela Batang Kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN