fbpx
Zulkifli (duduk, tengah) bergambar selepas merasmikan penutup Konvensyen Dakwa Negara: Mendepani Isu Sosial Umat di ibu negara, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Netizen, ‘kaum’ baharu jadi cabaran dakwah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kelompok netizen yang dibentuk oleh teknologi dan media sosial kini menjadi cabaran baharu kepada usaha pembaharuan dakwah dan islah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, berkata, ia disebabkan perubahan tingkah laku serta gaya hidup, menjadikan realiti masyarakat semakin kompleks.

“Jika dahulu isu perkauman tertumpu kepada identiti Melayu, Cina dan India, namun hari ini wujud ‘kaum baharu’ dengan identiti tersendiri yang dibentuk oleh dunia digital.

“Identiti golongan ini banyak dipengaruhi serta dikuatkan oleh media sosial sehingga pengaruhnya menjadi lebih dominan berbanding identiti rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Konvensyen Dakwah Negara: Mendepani Isu Sosial Umat, di ibu negara, hari ini.

Sehubungan itu, Zulkifli menegaskan peranan dakwah dan pentadbiran agama adalah dalam mengembalikan roh kemanusiaan serta nilai ketuhanan sebagai asas memulihkan masyarakat.

“Cabaran masa kini jauh berbeza berbanding sebelum ini dan memerlukan daya cipta serta kebangkitan pemikiran baharu bagi mendepani situasi semasa yang semakin rumit.

“Bukan hanya menggunakan kaedah yang tradisional atau konservatif, tetapi juga kemampuan menggunakan teknologi kecerdasan buatan dan digital untuk menarik serta membimbing generasi muda,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI