fbpx
PERTEMPURAN antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan Iran di Mashhad, awal bulan ini. - Foto AFP

Bantuan protes dalam perjalanan – Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa rakyat Iran supaya terus mengadakan protes serta berkata, ‘bantuan sedang dalam perjalanan’, lapor laman berita NBC News hari ini.

Kenyataan itu dibuat tengah-tengah tindakan keras terhadap demonstrasi anti kerajaan yang menurut sebuah kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di Amerika, telah mengorbankan 2,000 nyawa.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Trump meningkatkan tekanan ke atas Tehran dengan memberi amaran bahawa beliau mungkin melancarkan serangan ketenteraan, namun masih terbuka kepada rundingan. 

Beliau juga mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas negara-negara yang menjalankan urusan perniagaan dengan Republik Islam Iran, sebuah rejim teokrasi yang telah memerintah negara berkenaan hampir 50 tahun.

Trump menulis di laman media sosial mliknya, Truth Social: “Teruskan protes, ambil alih institusi-institusi anda! Simpan nama para pembunuh dan pelaku penderaan. Bantuan sedang dalam perjalanan.”

Namun, beliau tidak memberikan butiran lanjut tentang bantuan tersebut.

Sehingga pagi semalam, laman berita yang berpangkalan di AS, Human Rights Activists News Agency menyatakan bahawa kira-kira 2,000 orang terbunuh dan lebih 16,780 yang lain ditangkap. 

Setakat ini, pihak berkuasa Iran tidak mengeluarkan angka rasmi jumlah kematian.

Sementara itu, Iran berkata, ia terbuka kepada diplomasi sambil mengancam Amerika dan Israel dengan tindakan balas sekiranya ia diserang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN