fbpx
Pokok zaitun purba ini terletak di kampung Ano Vouves. - Oddity Central

Pokok zaitun masih berbuah selepas 4,000 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATHENS – Sebatang pokok zaitun di sebuah kampung di Pulau Crete, Greece menggamit kunjungan berpuluh-puluh ribu pengunjung pada setiap tahun, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Mereka hadir kerana ingin menyaksikan pokok zaitun tertua di dunia itu.

Pohon purba di Kampung Ano Vouves itu masih berbuah dan tergolong dalam spesies pokok tempatan, Tsounati dan bercantum pada ketinggian 3 meter pada pokok zaitun liar.

Batangnya yang besar mempunyai lilitan 12.5 meter dan diameter 4.6 meter.

Usia sebenar pokok zaitun Vouves tidak dapat dikenal pasti kerana kayu terasnya telah reput berabad-abad yang lalu.

Namun, analisis menunjukkan pokok itu berusia sekurang-kurangnya 2,000 tahun, manakala  saintis-saintis di Universiti Crete menganggarkan usianya sekitar 4,000 tahun.

Ia menarik kira-kira 20,000 pengunjung setahun ke barat Crete dan merupakan monumen semula jadi yang dilindungi. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN