JAKARTA – Satu klip video tular di Pidie Jaya, wilayah Aceh memaparkan berpuluh-puluh penduduk cuba mengangkat sebuah motosikal yang diselaputi lumpur tebal selama lebih sebulan selepas banjir dan tanah runtuh di kawasan itu mulai surut, lapor portal berita iNews.
Kejadian dirakam di Desa Meunasah Mancang, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan orang ramai menggunakan tali dan kayu pelbagai saiz untuk mengangkat motosikal jenis Honda Vario yang tertimbus lumpur sedalam lebih 1 meter.
Motosikal itu tetap berasa berat meskipun diangkat secara beramai-ramai.
Situasi itu tercetus apabila bencana banjir kilat dan tanah runtuh melanda wilayah Aceh pada akhir November tahun lepas.
Bencana tersebut bukan sahaja merosakkan kemudahan awam dan kediaman penduduk, malah menghancurkan harta benda mereka termasuk motosikal. – AGENSI














