fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

Kena ‘sound’ lepas bangga duduk Banting anak sekolah di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian seorang wanita yang memaklumkan anaknya bersekolah di Putrajaya walaupun menetap di Banting, mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial apabila ada yang mempersoalkan kelayakan penempatan sekolah mengikut kawasan.

Menerusi tangkap layar yang tular, wanita itu mendakwa perjalanan menghantar anak ke sekolah yang sepatutnya mengambil masa sekitar 35 minit, menjadi lebih 50 minit susulan kesesakan trafik dekat Dengkil.

Perkongsian itu bagaimanapun menerima teguran pengguna lain yang mempersoalkan bagaimana anak wanita tersebut boleh mendapat sekolah di Putrajaya sedangkan keluarga tinggal di Banting.
“Kenapa boleh dapat sekolah Putrajaya? Sepatutnya sekolah di Banting. Sekolah Putrajaya hanya untuk warga Putrajaya.

“Ni salah seorang yang salah ibu bapa yang tak bertanggungjawab daftar anak dekat kawasan lain sebab nak mudahkan diri sendiri. Perlu diingat sekolah Putrajaya hanya untuk warga Putrajaya sahaja. Jangan sesakkan sekolah Putrajaya.

“Mohon Kementerian Pendidikan (KPM) semak balik proses pendaftaran supaya lebih telus,” tulis seorang pengguna, @nazrulhisham terhadap wanita itu.

Sementara itu, di ruangan komen ramai mendakwa ada segelintir ibu bapa cuba mendaftar anak di kawasan tertentu demi kemudahan sendiri sekali gus menyebabkan sekolah di Putrajaya menjadi semakin sesak dan menjejaskan peluang penduduk setempat.

“Ada yang sampai tipu sewa rumah juga semata-mata nak buktikan alamat rumah Putrajaya,” komen Effi.

“Saya setuju. KPM kena audit balik lah alamat rumah atau kerja besertakan bukti atau surat majikan. Supaya tiada unsur penipuan alamat kediaman. Benda ni dari sejak azali dah berlaku,” komen Azam pula.

Bagaimanapun, ada juga sesetengah netizen berkata tidak salah bersekolah jauh dari rumah dan berdekatan dengan tempat kerja demi keselamatan anak-anak sekiranya berlaku sebarang kecemasan di sekolah.

“Awak kena faham satu benda. Sebab apa dia hantar situ? Kalau dia kerja di Putrajaya, anak mesti lah dekat ngan dia. Boleh je dekat Banting. Tapi siapa nak urus selepas tu. Kos transit, kos pengangkutan. Jika berlaku apa-apa, kan dekat untuk dia ke sekolah?,” komen Azim.

“Tak tahulah rebut hak ke tidak tapi pada saya keselamatan murid penting lagi. Kalau mak dia kerja Putrajaya, tiba-tiba anak dia pengsan atau anak jadi apa-apa takkan nak tunggu mak dia sampai 50 minit?,” komen Tinah pula.

Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan beberapa ibu bapa meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa terdapat segelintir penjaga menggunakan alamat ‘dummy’ (tiruan) bagi memudahkan urusan penempatan anak ke sekolah di sekitar Putrajaya.

Perbuatan itu didakwa sekali gus menafikan hak penduduk setempat yang benar-benar tinggal berhampiran sehingga terpaksa menghantar anak ke sekolah lebih jauh.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, telah pun dipanjangkan ke KPM serta Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Beliau juga memohon perjumpaan dengan pihak terlibat untuk berbincang mengenai masalah yang berbangkit.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI