fbpx
SALAH (dua dari kanan) diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ke atas Ivory Coast awal pagi semalam.

Mesir hampiri gelaran kelapan AFCON

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AGADIR – Mesir meneruskan misi memburu gelaran kelapan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) apabila melangkah ke separuh akhir selepas menyingkirkan juara bertahan, Ivory Coast awal pagi semalam.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Adrar, The Pharaohs mencatat kemenangan 3-2 hasil jaringan Omar Marmoush, Ramy Rabia dan Mohamed Salah, manakala gol Ivory Coast dijaringkan Guela Doue serta gol sendiri Ahmed Abou El Fotouh.

Salah yang beraksi cemerlang pada perlawanan itu berkata, mereka berdepan aksi cukup sukar sepanjang perlawanan, namun semangat juang dipamerkan Mesir membawa mereka ke separuh akhir.

“Ia bukan satu perlawanan yang mudah apabila menentang sebuah pasukan seperti Ivory Coast tetapi kami bekerja keras sepanjang 90 minit permainan. Hasilnya, kami berjaya mendapatkan kemenangan yang dimahukan.

“Mesir memiliki ramai pemain berbakat dalam pasukan dan kami sentiasa turun dengan misi untuk menang. Ini adalah skuad terbaik sepanjang karier saya dan diharapkan kami boleh menjadi juara,” katanya.

Selepas ini, Mesir perlu melepasi halangan Senegal pada aksi separuh akhir yang akan berlangsung di Stadium Tangier Grand pada Khamis ini dan Salah menegaskan, ia bakal menjadi perlawanan lebih mencabar.

“Sudah tentu perlawanan menentang Senegal akan menjadi lebih sukar kerana mereka memiliki ramai pemain berpangkalan di Eropah. Kami perlu berada pada tahap terbaik jika mahu menewaskan mereka,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN