PETALING JAYA – Rasa takut, cemas dan tidak selesa untuk keluar bersendirian dalam kalangan wanita memberi idea baharu kepada seorang penuntut universiti untuk mengambil inisiatif berani dengan memperkenalkan perkhidmatan khusus kepada golongan hawa. Pelajar tersebut, Darwisyah Adeebah Shahron Nizam, 22, berkata, dia telah memulakan Servis Pemandu dan Pembantu Wanita sejak sebulan lalu khusus untuk memberi perkhidmatan pengangkutan dan bantuan kepada kaum wanita. Biarpun konsep tersebut masih baharu di Malaysia, Darwisyah mengakui idea tersebut sesuai untuk dipraktikkan dan mendapat permintaan baik.……














