fbpx
Gambar hiasan.

Remaja angkut kekasih Indonesia ‘check in’ hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Walaupun baru berusia 19 tahun namun seorang remaja lelaki sudah pandai membuat maksiat dengan mengangkut kekasihnya yang juga seorang gadis Indonesia ‘check in’ hotel bajet di sini, malam semalam.

Perbuatan tidak bermoral remaja itu bagaimanapun terbongkar selepas ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan mencegah maksiat kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

JAINJ dalam kenyataan berkata, pihaknya terpaksa menunggu lebih 10 minit sebelum pintu bilik dibuka oleh seorang lelaki.

Katanya, lelaki tersebut memberi alasan mahu menumpang tandas kerana sakit perut selepas makan malam bersama-sama.

“Wanita berusia 22 tahun itu menyorok di dalam tandas ketika pemeriksaan dijalankan. Hasil pemeriksaan mendapati mereka bukan suami isteri dan berstatus bujang,”katanya kenyataan itu.

Menurut JAINJ, remaja itu membawa keluar teman wanitanya dari asrama wanita dengan menaiki motosikal untuk makan malam bersama pukul 8.30 malam.

Ujarnya, oleh kerana asrama wanita ditutup pada 10 malam dan tak sempat menghantar wanita itu pulang, mereka telah mendaftar masuk bilik hotel atas nama lelaki itu.

“Apabila ditanya kenapa mereka berdua di bilik itu, lelaki kata untuk menghantar wanita sahaja, mereka hanya baring sambil tengok TikTok dan tak buat apa-apa yang nakal,” katanya.

Tambah kenyataan tersebut, lelaki berkenaan tidak berhasrat untuk berkawin dengan wanita terbabit sebab masih belasan tahun serta belum berkemampuan.

Pasangan ini ditahan atas kesalahan khalwat di bawah seksyen 27(1)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN