fbpx
DAIYAN Trisha tidak teragak-agak mahu laporkan kepada MCMC jika fitnah terhadapnya semakin melampau.

‘Menjadi-jadi, sampai keluarga ditanya, betul ke dah tukar agama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyanyi juga pelakon Daiyan Trisha tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika fitnah mendakwanya sudah menukar agama menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) berulang lagi.

Menurut Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 32, selama ini ini dia enggan melatah dengan tuduhan tersebut memandangkan si penyebat dakwaan palsu terbabit tiba-tiba ‘hilang’ dari radar sejurus selepas laporan terhadap konten berkenaan dibuat.

“Benda ini sudah senyap lebih sebulan dan sebab itu saya diam sahaja, rasa tak masuk akal sangat dan peminat pun dah buat laporan terhadap Threads mengenai konten tersebut.

“Sebenarnya bukan sekali tetapi sudah berlaku beberapa kali, makin menjadi-jadi dan seperti nak mencabar kita pula tetapi selepas saya kongsi dalam Threads, dia dah tak muncul.

“Kalau sekali lagi dia muncul, saya akan buat laporan terhadap pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran koleksi Tahun Baharu Cina Fiziwoo di sini, baru-baru ini.

Paling terkilan, fitnah menukar agama itu turut sampai kepada ke pengetahuan ahli keluarganya.

“Cuma tak suka sebab bila orang dah mula tanya pada keluarga saya ‘eh Daiyan dah tukar agama?’.

“Syukur keluarga tahu semua itu benda mengarut tetapi sedih kenapa anak mereka boleh terkait dengan fitnah berat sebegini.

“Cuma saya masih tertanya-tanya apa motif dan yang mereka dapat buat benda ini? pelik,” katanya lagi.

Jelasnya, penggunaan AI mahupun sebarang teknologi sekalipun perlu digunakan secara berhemah dan tidak sepatutnya mencampuri urusan kehidupan individu lain.

“Saya sebenarnya dah lama rasa tentang penggunaan AI sudah berlebihan, sepatutnya sederhana dan sekadar membantu urusan harian tetapi lain pula jadi.

“Bila kita guna tanpa rasa tanggungjawab, berlakulah suntingan tidak berbaju dan suka hati tukar agama orang yang menganggu prinsip kehidupan orang lain.

“Kalau difikirkan semula, semua itu sebenarnya tiada tujuan pun. Sangat memudaratkan dan tidak elok.

“Ini yang berlaku kalau kita dah melebih-lebih guna sampai tak guna otak dan minda sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon drama Projek: Anchor SPM itu memohon orang ramai agar melaporkan sebuah akaun palsu yang didakwa menyamar sebagai dirinya di media sosial.

Permintaan tersebut selepas sebuah akaun yang menggunakan nama sebagai @divyanatrisha dalam Threads menggunakan fotonya tanpa kebenaran selain membuat fitnah mengatakan pemilik merupakan seorang Muslim yang telah menganut agama Hindu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI