fbpx
KERAJAAN Iran menutup ruang udara negara itu dan Teluk Parsi ketika protes rakyat semakin meningkat. – AFP

Iran tutup ruang udara, protes makin merebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Iran mengaktifkan Notis Kepada Misi Udara (NOTAM) ketika ruang udara Tehran ditutup di tengah-tengah peningkatan protes di seluruh negara yang mencetuskan kebimbangan keselamatan dan  gangguan perjalanan, lapor laman berita Newsx hari ini.

Tindakan menutup ruang udara itu melibatkan negara Iran dan kawasan Teluk Parsi (rantau OIIX) dan dibuat ketika protes rakyat  semakin merebak.

Selain penutupan OIIX dan beberapa lapangan terbang utama lain, NOTAM dikeluarkan untuk menangguhkan penerbangan keluar masuk di semua lapangan terbang yang terlibat.

Kekacauan di Iran mencetuskan  tindak balas keselamatan serius termasuk pengaktifan sistem pertahanan udara di pelbagai lokasi.

Punca awal protes rakyat itu adalah masalah ekonomi tetapi apabila keadaan semakin meruncing, demonstrasi tersebut dikaitkan dengan tuntutan untuk menukar rejim.

Seruan Putera Mahkota yang hidup dalam buangan, Reza Pahlavi untuk demonstrasi di seluruh Iran diadakan semalam merupakan faktor penyumbang kepada protes yang kini  bertukar menjadi perjuangan untuk kebebasan.

Di Tehran, terdapat laporan pertempuran berlaku dengan penunjuk perasaan membakar kereta polis dan tugu peringatan Qasem Soleimani, manakala slogan ‘Mati kepada diktator’ dilaungkan di beberapa kejiranan. 

Agensi Berita Aktivis Hak Asasi Manusia melaporkan, sejak permulaan rusuhan  yang kini merebak ke semua 31 wilayah di Iran, sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh dan lebih daripada 2,260 yang lain  telah ditangkap. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN