fbpx
Hazriq Firdaus dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Taman Puchong Permai pada 5 Januari lalu.

Hazriq Firdaus hilang di Puchong Permai sejak Isnin lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Taman Puchong Permai, di sini, pada 5 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan orang hilang (OH) pada pukul 9.31 malam semalam.

Beliau berkata, OH berkenaan dikenali sebagai Muhammad Hazriq Firdaus Mohammad Ali, dan kali terakhir berada di alamat Taman Puchong Permai, Selangor.

“Remaja itu berketinggian kira-kira 157 sentimeter, berat 45 kilogram, berkulit hitam manis serta berambut pendek berwarna hitam.

“Ciri fizikal lain termasuk hidung mancung, mata kecil dan bibir tebal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan terus ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Vanitha a/p T. Balakrishnan di talian 017-222 9832. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI