PERCERAIAN boleh berlaku dalam apa jua cara dan asbab, sekalipun kadang-kadang alasan perpisahan itu langsung tidak masuk akal. Bagi Mariati (bukan nama sebenar), 40, dia pernah melalui zaman ‘gelap’ beberapa tahun lalu gara-gara tidak dapat mengikut bekas suami serta keluarga mentuanya menyambut tahun baharu. Bagi anak jati Marang, Terengganu itu, meskipun diceraikan oleh suaminya tanpa alasan kukuh, namun dia menerima takdir tersebut dengan hati terbuka. “Saya tidak pernah kongsi kisah perceraian saya kepada siapa-siapa, waima pada rakan terdekat. “Bagi saya,……














